Berita

Rancangan Tempatan Daerah mampu bangunkan Jelebu menjelang 2035

SEREMBAN: Kerajaan Negeri yakin bahawa Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Jelebu mampu menaikkan Jelebu di kaca mata negara dan persada antarabangsa menjelang 2035.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, RTD ini akan melibatkan 25 strategi pembangunan dan 108 inisiatif yang meliputi segala aspek.

“Pembangunan tanah fizikal secara lestari, pengukuhan sektor pertanian, ekonomi berdaya maju, rekabentuk bandar, alam sekitar dan kemudahan masyarakat yang terlibat dalam RTD ini.

“RTD ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri yakin bahawa daerah Jelebu mampu membangun dengan lebih pesat lagi.

“Ia juga bertujuan menampung pembangunan yang akan datang seiring dengan cabaran era globalisasi di alaf baru,” kata Aminuddin.

Antara projek yang telah dirangka adalah seperti berikut:

1. Cadangan Taman Industri Halal (Simpang Pertang)

2. Kenaboi World Biodiversity Centre (Taman Negeri Kenaboi)

3. Taman Kekal Pengeluaran (TKPM)

4. Jelebu Best Food Spot (J-Best)

Aminuddin turut menambah, bahawa RTD ini dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan perancangan memandu hala tuju pembangunan dan mentadbir daerah dengan lebih cekap.

“Besarlah harapan saya agar perancangan ini akan memberi faedah kepada masyarakat setempat,” Ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button