Berita

NILAI: Arul Kumar sumbang RM42 ribu kepada masjid dan surau

NILAI: ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar menyumbang dana kewangan sejumlah RM42,000 kepada tujuh masjid dan 28 surau di dalam DUN Nilai sempena bulan Ramadhan.

“Sebanyak tujuh masjid telah menerima sumbangan RM2,000 setiap satu dan 28 surau telah menerima RM1,000 setiap satu surau.

“Ini adalah sumbangan daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai untuk melaksanakan beberapa program sempena bulan Ramadhan ini.

“Masjid dan surau memainkan peranan penting dalam membawa isu atau keperluan rakyat kepada wakil rakyat.

“Ini akan memudahkan dalam menyelesaikan masalah setempat dan juga boleh membantu mereka yang memerlukan dalam kadar segera,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan kepada masjid dan surau di DUN Nilai yang berlangsung di Rajah Brooke Ballroom, Nilai Spring Resort.

Majlis ini dihadiri oleh 200 orang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha masjid dan surau serta kesemua Ahli Jawatankuasa dari sembilan MPKK di DUN Nilai.

Arul Kumar berkata, beliau berharap hubungan yang baik terjalin ini dapat diteruskan untuk kebaikan semua.

Sementara itu Ahli Parlimen Seremban YB Loke Siew Fook yang turut hadir berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan membantu dalam menaiktaraf beberapa keperluan di masjid dan surau di negeri ini.

“Oleh itu, beberapa keperluan untuk menaiktaraf surau atau masjid telah dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button