Aktiviti

Nilai: Penduduk Taman Semarak 2 usahakan ‘Kebun Komuniti’ tambah pendapatan

NILAI: Persatuan Penduduk Jalan TS 2/2 Taman Semarak 2 telah mengambil satu inisiatif mengusahakan projek ‘Kebun Komuniti’ dengan menggunakan kawasan kolam tadahan air dengan kebenaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menanam tanaman seperti pokok cili, bendi dan tebu.

ADUN Nilai, YB J.Arulkumar berkata, hasil daripada tanaman ini akan menjadi sumber pendapatan kepada persatuan penduduk untuk menjalankan aktiviti kebajikan.

“Selain itu, ada juga individu berminat untuk mencari sumber pendapatan selepas kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19, melalui tanaman sayur-sayuran di kawasan ini.

“Ini adalah salah satu pilot project oleh persatuan penduduk dan diharapkan mereka dapat mencapai objektifnya.

“Pagi kelmarin saya bersama Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook, telah melawat kawasan tanaman tersebut dan telah menyumbangkan sebuah mesin pam air untuk tujuan penyiraman dan kami akan membantu beberapa keperluan lain pada masa akan datang,” kata Arulkumar yang juga Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button