Berita

Norazman: Pendidikan mampu bela masa depan anak dan keluarga

Kemiskinan tidak seharusnya menjadi penghalang pencapaian akademik pelajar

PALONG: Sektor pendidikan sangat penting dan harus diberi penekanan oleh masyarakat. Apabila mencapai kecemerlangan dalam pendidikan; masa depan anak-anak, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara akan terbela.

Kata Setiausaha Akhbar Kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad di Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) DUN Palong di Dewan Orang Ramai Felda Palong 7.

“Cabaran kini sangat berbeza dengan zaman (persekolahan) kita dulu.

“Jangan jadikan wabak Covid-19 sebagai alasan ponteng sekolah.

“Menteri Besar sering memikirkan bagaimana hendak meringankan beban kewangan golongan ibubapa yang kurang berkemampuan.

“Alhamdullillah, Bantuan Anak Sekolah ini salah satu inisiatif dan insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bukan sahaja untuk meringankan beban ibubapa tetapi untuk menggalakkan pelajar miskin terus fokus dalam pendidikan,” ujar Norazman.

Sementara itu, Penyelaras DUN Palong, Rebin Birham berkata, selain Bantuan Anak Sekolah, pejabatnya juga sering membantu pelajar miskin mengikut case by case.

“Dari semasa ke semasa saya sememangnya menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada ibubapa atau pelajar yang kurang berkemampuan mengikut merit kes tertentu.

“Kemiskinan tidak seharusnya menjadi batu penghalang dalam pencapaian akademik seseorang pelajar.

“Pada hari ini seramai 35 pelajar kurang berkemampuan menerima Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM300 setiap seorang untuk Fasa 1.

“Baki RM250 pula akan diserahkan pada bulan Oktober ini di bawah Fasa 2,” kata Rebin.

Rebin berkata, pemilihan penerima ini berdasarkan kepada senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) bersumberkan keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih.

Bantuan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada Mac 2019, merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga miskin.

Turut hadir Ketua Balai Polis Ladang Geddes, SM K.Rajakumar dan semua pengerusi MPKK DUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button