Berita

NSU edar 500 pelitup muka kepada SK Sega, Rantau

200 botol sanitiser tangan turut diedar

RANTAU: Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (NSU) telah mengedarkan 500 helai pelitup muka (face mask) dan 200 botol sanitiser tangan (hand sanitiser) kepada murid, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sega.

Menurut Pengerusi NSU, Dato’ Adzwan Ab Manas; Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Program Edaran Pelitup Muka kepada SK Sega dianjurkan oleh NSU dengan kerjasama MPKK Kampung Sega dan Serikandi Negeri Sembilan.

“Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja dapat menghayati erti kemerdekaan di kalangan anak murid, malah dapat memupuk semangat patriotik cintakan tanahair.

“Kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.

“Sekiranya tidak dititikberatkan, sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak akan memberi makna kepada generasi yang akan datang,” kata Adzwan.

Turut hadir Setiausaha MPKK Kampung Sega, Puan Shakira; Yang DiPertua PIBG SK Sega, Encik Nazli Abu Samah dan Wakil Serikandi Negeri Sembilan, Haslinda Baharuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button