Berita

Negeri Sembilan belanja lebih demi kebajikan rakyat

SEREMBAN: Pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sejak empat tahun enam bulan lalu amat memberangsangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook (Pakatan Harapan) berkata, pelbagai indikator menampakkan ada peningkatan yang baik dari segi prestasi kutipan hasil Rizab Kumpulan Wang Disatukan dan indikator itu menunjukkan ada pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Walaupun kita membentangkan belanjawan defisit RM100 juta tetapi ia boleh ditampung melalui lebihan atau daripada Kumpulan Wang Disatukan dan tanpa ada bebanan kepada kewangan Kerajaan Negeri.

“Susulan penularan Covid-19, Kerajaan Negeri perlu berbelanja lebih banyak untuk menjaga kebajikan dan memastikan kelangsungan hidup rakyat di negeri ini

“Saya juga berharap semua perancangan dalam Belanjawan 2023 ini dapat dimulakan segera terutamanya projek-projek kecil dan projek kesinambungan,” kata beliau.

Anthony Loke berkata demikian ketika sesi pembahasan hari kedua pada Persidangan Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Kelima DUN ke-14 pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button