Berita

NSU hulur bantuan makanan kepada 40 keluarga terjejas pendapatan akibat PKP

SERI MENANTI: Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (NSU) dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti menyantuni 40 keluarga di DUN Seri Menanti yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengerusi NSU, Dato’ Adzwan Ab Manas, 40 buah keluarga telah diziarahi untuk diserahkan sumbangan barangan keperluan dapur.

“Pada asalnya program ini berjalan di DUN Seri Menanti, tetapi apabila kami dimaklum terdapat keluarga yang turut memerlukan bantuan di DUN bersebelahan seperti di Kampung Parit, Gentam dan Kuala Kepis, kami turut menghulurkan sumbangan ini kepada keluarga terbabit.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP,” katanya.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat mengucapkan terima kasih kepada NSU di atas sumbangan barangan dapur dan semua MPKK yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sementara itu, Adzwan berkata, NSU telah bergerak aktif mmenyalurkan bantuan Covid-19 sejak dari tahun lalu dan akan menyusun beberapa program lagi untuk DUN yang lain.

“NSU menyeru kepada syarikat korporat dan individu yang berkemampuan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan terutamanya kepada golongan yang terkesan Covid-19.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, rakyat sedang menghadapi kesukaran, hilang pekerjaan, dipotong gaji, malah ada yang dilaporkan terputus bekalan makanan.

“Sekiranya ada pihak lain di luar sana sebagai individu, syarikat kecil atau syarikat korporat yang berhasrat untuk menderma atau memberikan sumbangan, NSU sedia menyalurkan sumbangan derma tersebut kepada golongan yang memerlukan, dan sumbangan berbentuk wang ringgit boleh dihulur melalui akaun NSU seperti berikut:

AFFIN BANK : 106780013606
Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (Negeri Sembilan Update)

Show More

Related Articles

Back to top button