Berita

NSU sumbang 20 tablet kepada Pusat Pembelajaran Online PPR Taman Jasmin

30 pelajar dari keluarga kurang kemampuan terima beg sekolah

PAROI: Negeri Sembilan Update (NSU) dan Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Bumi Alam (PKPBA) telah berganding bahu dengan ADUN Paroi, YB Dato’ Mohd Taufek Abdul Ghani untuk membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Jasmin.

Pengerusi NSU,  Dato’ Adzwan Ab Manas berkata, pihaknya telah menyumbang 20 unit tablet untuk penyediaan pusat pembelajaran online di PPR Taman Jasmin.

“Kami di NSU sedang berusaha untuk menyediakan sebuah pusat pembelajaran online, agar anak-anak yang tidak ada kemudahan tersebut di rumah mereka, boleh meneruskan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di pusat ini.

“NSU ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Sachi Krish (PKPBA), yang telah menyumbang 30 beg sekolah dan seorang ahli perniagaan, Encik Wan Ahmad Nasim Wan Shamsuddin yang turut menyumbang untuk pembelian tablet tersebut,” kata Adzwan.

Mohd Taufek menyerahkan sumbangan beg sekolah tersebut kepada 30 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di PPR Taman Jasmin.

Adzwan berkata, NSU berharap lebih banyak pihak dan orang ramai akan tampil menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Sebagai contoh, ramai pelajar khususnya dari keluarga berpendapatan rendah amat memerlukan tablet untuk pembelajaran secara online.

“Sumbangan orang ramai pastinya akan memberi peluang pembelajaran yang lebih baik kepada anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button