Aktiviti

NSU sumbang baju raya kepada 50 anak yatim Parlimen Rembau

REMBAU: Menjelang sambutan Aidil Fitri tidak lama lagi, Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (NSU), menyumbang baju raya kepada 50 anak-anak yatim dan asnaf dari Parlimen Rembau.

Pengerusi NSU, Dato’ Adzwan Ab Manas berkata, seramai 50 anak-anak yatim dan asnaf dari empat DUN di bawah Parlimen Rembau akan diraikan NSU dengan pakaian baharu sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri.

Program sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim dan asnaf yang pertama telah diadakan di Dataran Senawang pada 29 April untuk DUN Rantau.

“Seramai sembilan anak yatim dan asnaf dari DUN Rantau menerima sumbangan sepasang baju melayu/baju kurung dan songkok/tudung.

“Terima kasih kepada dua peserta Bazar Aidil Fitri yang turut menyumbang minyak wangi dan towel kepada anak-anak ini.

“NSU selaku sebuah pertubuhan kebajikan yang berpusat di Negeri Sembilan sentiasa cakna terhadap golongan yang memerlukan,” katanya.

Penyelaras DUN Rantau, Tuan Husin Haroon pula menyumbang sepasang kasut setiap seorang.

Adzwan berkata, seterusnya program ini akan diadakan pada 4 Mei untuk DUN Kota, 5 Mei DUN Chembong dan 6 Mei DUN Paroi.

“Sekiranya ada pihak di luar sana sebagai individu, syarikat kecil atau syarikat korporat yang berhasrat untuk menderma atau memberikan sumbangan, NSU sedia menyalurkan sumbangan derma tersebut kepada golongan yang memerlukan, dan sumbangan berbentuk wang ringgit boleh dihulur melalui akaun NSU seperti berikut;

AFFIN BANK : 106780013606

Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (Negeri Sembilan Update)

Show More

Related Articles

Back to top button