Berita

Nurfatiha terima katil pelbagai fungsi dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi, menyumbang sebuah katil pelbagai fungsi kepada Puan Siti Nurfatiha Zul Bahrin, 30, di Taman Regent di sini.

Abd Latif berkata, Siti Nurfatiha mengalami jangkitan kuman di otaknya sejak beberapa bulan yang lalu dan menyebabkan dirinya terbaring dan tidak terdaya untuk berdiri.

“Katil pelbagai fungsi sedia ada telah rosak dan saya telah menggantikan dengan katil pelbagai fungsi yang lebih baik.

“Semoga dengan sumbangan ini ianya memudahkan ahli keluarga menguruskan rutin beliau,” kata Abdul Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Sri Gemencheh, Encik Zulkiflee.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button