Berita

Nurul Izzah: Derita disebalik Hari Kanak-Kanak Sedunia

Kaedah alternatif tahanan kanak-kanak (ATD) harus dilaksanakan segera

Tahun 2020 merupakan pengalaman baru buat kanak-kanak yang terlepas dari alam persekolahan sejak Mac yang lalu. Pendidikan dan nutrisi kanak-kanak menjadi kegalauan utama buat ibu bapa.

Namun peristiwa pandemik ini tak mematahkan semangat ibu bapa dan guru-guru untuk terus memberi segala mungkin pendedahan buat anak-anak, segalanya demi kasih yang tidak berpenghujung.

Bertemakan ‘Bumi Lestari: Kanak-Kanak Dilindungi’ selari dengan tema Hari Kanak-kanak peringkat antarabangsa, ‘Climate Change: For Children, by Children’.

Ini memerlukan pembuktian melalui manifestasi tanggungjawab kerajaan dan masyarakat dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak benar-benar diangkat.

Namun dalam kegembiraan kita meraikan Hari Kanak-Kanak, jangan kita lupakan suratan takdir 756 kanak-kanak yang kini harus berada dalam Depoh Tahanan Malaysia, bersendirian tanpa ibubapa atau penjaga, dalam keadaan yang sesak, dikurung dan kotor.

Mereka ini lari dari negara asal di atas kekejaman dan jika dibiarkan dalam tahanan, anak-anak ini terdedah dengan risiko kesihatan, kemurungan, tekanan pasca trauma dan kebarangkalian untuk membunuh diri.

Hari ini, Human Rights Watch menggesa Putrajaya untuk memberi akses kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian UNHCR ke pusat tahanan itu.

Projek rintis yang diusahakan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri ‘Alternative To Detention’ (ATD) yang seharusnya berjalan April lalu, sebagai kaedah alternatif untuk tahanan kanak-kanak harus dilaksanakan dengan segera.

Nyawa kanak-kanak ini bukan suatu pertimbangan yang patut dilengahkan malah mereka harus dijaga bukan dilayan seperti penjenayah.

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia 2020

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh

YB Nor Azrina Surip@Nurin Aina
Ahli Parlimen Merbok

Jurucakap dan Penolong Jurucakap Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

20 November 2020

 

Foto: Facebook Nurul Izzah Anwar

Show More

Related Articles

Back to top button