Berita

OKU lumpuh bakal dapat rumah baru

LENGGENG: Seorang OKU lumpuh, Encik Alias Hussin, 63, dari Kampung Tegor, Ulu Beranang bakal mendapat sebuah rumah baru.

Menyedari Alias memerlukan sebuah rumah yang selesa, ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook telah menziarahi Alias sambil melihat perkembangan pembinaan rumah tersebut.

“Projek pembinaan rumah ini bermula pada 22 Mac dan dijangka akan siap sebelum sambutan Hari Raya tahun ini.

“Rumah Baiti Jannati ini akan didirikan di bawah program kemasyarakatan Tenaga Nasional Berhad (TNB), iaitu projek bantuan perumahan yang dilaksanakan oleh TNB kepada golongan miskin,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button