Berita

OKU terlantar terima vaksin di rumah

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) telah mengadakan Program Vaksinasi Rumah ke Rumah di Taman Seremban Jaya di sini.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, sembilan individu Orang Kurang Upaya (OKU) sakit terlantar telah menerima suntikan vaksin di rumah masing- masing.

“Kita menyedari kesukaran yang dihadapi oleh individu atau keluarga ini untuk membawa OKU yang sakit terlantar ke Pusat Pemberian Vaksin.

“Justeru, JKM dengan kerjasama JKNNS telah mengambil insiatif untuk menjalankan Program Vaksinasi Rumah Ke Rumah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JKM Negeri Sembilan dan JKNNS serta Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Seremban, Dr.Siti Nur Aishah dan Dr.Nur Rasyiqah yang telah memberi suntikan vaksin kepada individu terbabit,” jelas Gunasekaren.

Menurut Gunasekaren, masih terdapat lagi beberapa individu OKU sakit terlantar yang belum divaksinasi di DUN Seremban Jaya.

“Mereka akan divaksinasi (di rumah) dalam masa terdekat,” katanya.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi Kospen Fasa 10, Taman Seremban Jaya, Encik Yusriy.

Show More

Related Articles

Back to top button