Berita

Operasi pembersihan di rumah mangsa banjir

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman bersama 15 sukarelawan KeADILan Cabang Tampin turun padang ke Kampung Sungai Rotan, Jelebu bagi menjalankan operasi membersihkan sebuah rumah terjejas banjir.

“Rumah Encik Hidir yang juga merupakan anggota KeADILan, dipenuhi dengan lumpur tebal.

“Justeru, kami telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumah beliau,” ujar Siti Aishah.

Turut terlibat dalam operasi pembersihan banjir ini Pengerusi MPKK dari Kampung Kurnia DiRaja, Kampung Ladang, Kampung Gemas Indah dan Kampung Bukit Masjid.

“Beberapa anggota veteran KeADILan DUN Gemas hadir bagi menyediakan makanan untuk mereka yang terlibat dalam operasi pembersihan ini.

“Saya juga menyumbang lima buah dapur gas, masing-masing kepada Pengerusi MPKK Sungai Rotan, Encik Zulceflay Abd Rahman dan Penyelaras DUN Pertang, Encik Zainal Fikri Abdul Kadir,” kata Siti Aishah.

Sementara itu, Encik Hidir mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu membersihkan rumahnya.

“Saya rasa buntu dan tidak tahu mahu mula (bersih) dari mana.

“Saya memanjatkan kesyukuran di atas kesudian Penyelaras DUN Gemas yang sudi datang membantu dari jauh,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button