Berita

Operasi sanitasi awam di Seri Menanti, usaha bendung Covid-19

SERI MENANTI: Skuad Sanitasi Penyelaras DUN Seri Menanti telah menjalankan operasi sanitasi awam nyah kuman di Kampung Kuala Talang, Kampung Kuala Parit dan Taman Rekreasi Ulu Bendul.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, memandangkan ada kes positif Covid-19 direkodkan di Kampung Kuala Talang dan Kampung Kuala Parit, beliau telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan operasi sanitasi awam di perkampungan tersebut.

“Selain itu, kita juga menjalankan operasi sanitasi awam di Taman Rekreasi Ulu Bendul kerana ianya lokasi tumpuan awam.

“Ini sebahagian dari usaha kita untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Terima kasih kepada semua MPKK yang terlibat dan juga sukarelawan KeADILan DUN Seri Menanti,” ujar Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button