Aktiviti

Orang Kurang Upaya disantuni Allif

KOTA: Dua individu Orang Kurang Upaya (OKU) disantuni Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim.

Muhammad Allif berkata, Muhammad Hibatullah Shaharin, 30, dari Kampung Astana Raja sakit sejak lahir.

“Beliau tidak boleh melihat dan berkomunikasi. Beliau juga tidak boleh menguruskan diri sendiri.

“Perbelanjaan sekitar RM1,000 sebulan diperlukan untuk susu khas dan perubatan beliau.

“Wahdatul Maizan Mohamed Yunus, 41, dari Kampung Chengkau Ulu juga sakit sejak kecil.

“Ketika berumur lapan bulan, beliau telah mengalami demam panas dan menjejaskan bahagian otak serta seringkali mengalami sawan.

“Saya akan menyampaikan bantuan katil mudah alih bagi memudahkan rutin harian beliau dalam masa terdekat,” kata Muhammad Allif.

Turut hadir dalam lawatan ini Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Rembau, Puan Siti Aminah Riduan.

“Saya akan membantu kedua-dua keluarga ini untuk mendapatkan bantuan perubatan daripada agensi lain seperti Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan atau Pusat Zakat Negeri Sembilan,” ujar Muhammad Allif.

Show More

Related Articles

Back to top button