Berita

110 pelajar terima sumbangan pakaian seragam sekolah

SRI TANJUNG: Sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2022, seramai 110 pelajar kurang berkemampuan telah menerima sumbangan pakaian seragam sekolah daripada ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

“Seramai 45 pelajar sekolah rendah dan 65 pelajar sekolah menengah daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan pakaian aeragam sekolah ini.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban kewangan ibu bapa pelajar terbabit,” ujar Ravi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahamat; Setiausaha MPKK Kampung Hailam, Encik Latib; dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Shanmugam.

Show More

Related Articles

Back to top button