Berita

Padang permainan Taman Bidara akan dibaik pulih segera

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, padang permainan kanak-kanak di Taman Bidara akan dibaik pulih dengan segera.

Gunasekaren berkata, kerosakan peralatan permainan di padang itu juga akan diganti dalam masa terdekat di bawah projek ‘Wish List Pemerkasa’ Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

“Saya telah memohon kerjasama penduduk terutama yang berkebun dan menanam sayur-sayuran tidak lagi menggunakan padang untuk tujuan tersebut meskipun ianya satu aktiviti berfaedah terutama di kala pandemik Covid-19.

“Padang permainan kanak-kanak tidak seharusnya disalahgunakan oleh penduduk kerana ianya bukan sahaja mendatangkan kacau ganggu, malah menghalang aktiviti riadah warga emas dan kanak-kanak yang ingin bermain di padang.

“Justeru, saya telah mengsyorkan tempat lapang yang lain dan lebih sesuai yang boleh digunakan untuk tujuan berkebun dan menanam sayur-sayuran,” jelas Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, rata-rata penduduk bersetuju membersihkan tanaman di kawasan padang permainan ini dan mencari tempat baru bagi tujuan berkebun.

Turut hadir sama, Pengerusi KRT Taman Bidara, Encik San Kong; Pengerusi DAP Cawangan Taman Bidara, Cik Krishnaveni dan pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button