Berita

PALONG: 13 keluarga dikuarantin terima bantuan makanan dari Rebin

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham menghulurkan sumbangan makanan kepada 13 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Sumbangan barangan makanan ini melibatkan enam keluarga di Felda Palong 7 & 8, lima keluarga di Felda Palong 12 dan masing-masing sebuah keluarga di Kampung Jeram Panjang dan Bandar Seri Jempol.

“Semoga sumbangan ini membantu keluarga ini dalam tempoh kuarantin. Saya doakan kesemua mereka agar dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

“Sekiranya anda sedang menjalani kuarantin, sila hubungi Skuad Bencana Pejabat Penyelaras DUN Palong untuk dapatkan bantuan makanan sekiranya bekalan makanan terputus,” kata Rebin.

Skuad Bencana Pejabat Penyelaras DUN Palong: 013-218 6292 (Muhammad Zahin Zainal Abidin).

Show More

Related Articles

Back to top button