Berita

PALONG: 38 keluarga dikuarantin Covid-19 terima bantuan makanan

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham mengagihkan bantuan makanan kepada 38 keluarga dikuarantin Covid-19 di DUN Palong kelmarin.

“Alhamdulillah, petugas Pejabat Penyelaras DUN Palong telah membuat agihan sumbangan barangan keperluan dapur dan juga ayam segar kepada mereka yang dikuarantin akibat Covid 19.

“Bantuan ini membabitkan 24 keluarga di Felda Palong 7, seramai 13 keluarga di Ladang FGV Palong 17 dan satu keluarga di Felda Palong 8.

“Saya juga dimaklumkan ujian saringan Covid-19 ke atas sembilan orang jemaah Masjid Felda Palong 7 yang diarahkan kurantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah negatif.

“Terima kasih dan tahniah kepada penduduk yang mengambil inisiatif untuk kuarantin kendiri meskipun tidak mendapat arahan dari mana-mana pihak. Jelas ini menunjukan sikap bertanggungjawab mereka kepada masyarakat,” ujar Rebin.

Rebin menyeru agar semua warga DUN Palong dapat berada di rumah sewaktu tempoh PKP ini dilaksanakan dan dinasihatkan untuk mendaftarkan diri untuk menerima Vaksin.

Show More

Related Articles

Back to top button