Berita

PAROI: Lelaki hidup sebatang kara ceria, kini rumahnya berwajah baru

PAROI: Saudara Ashokumar Doraisamy, 45, kini boleh menarik nafas lega apabila rumahnya di Kampung Ulu Rantau sudah berwajah baru dan lebih selesa untuk tinggal.

ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, Ashokumar mengalami masalah kesihatan (uzur) sejak sekian lama dan tinggal seorang diri di rumah tersebut.

“Beliau membuat permohonan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ulu Rantau bagi membaik pulih rumah beliau yang telah usang dengan keadaan bumbung rumah yang bocor sehingga mengakibatkan banjir di dalam rumah apabila hujan lebat.

“Sehubungan itu, Pusat Khidmat Rakyat Dun Paroi telah memperuntukan sejumlah dana bagi membaiki rumah beliau khususnya bagi mengganti keseluruhan bumbung rumah.

“Saya juga menyalurkan bantuan barangan keperluan dapur agar beliau dapat menjalankan kehidupan seperti biasa yang lebih selesa,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button