Berita

Aminuddin seru pengunjung jaga kebersihan pantai Port Dickson

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru supaya pengunjung menjaga kebersihan pantai Port Dickson.

Aminuddin berkata, dalam lawatan beliau semasa bulan Ramadhan, keadaan pantai sangat bersih dan cantik.

“Tetapi apabila Ramadhan berlalu, pengunjung mula hadir ke pantai, kita dapat lihat kawasan tersebut bersepah dengan sampah-sarap.

“Kita boleh bermula dengan mengambil langkah membawa balik lebihan makanan atau sampah dan buang di rumah sendiri.

“Sekiranya dibiarkan sahaja di pantai boleh mengundang pelbagai masalah seperti tikus membiak dan mewujudkan masalah kesihatan kepada pengunjung lain.

“Oleh itu, saya berharap agar mereka yang datang ke pantai jagalah kebersihan sebaiknya.

“Itu merupakan anugerah terbaik buat kita semua,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button