Aktiviti

Pasangan suami isteri warga emas disantuni Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman telah menziarahi seorang peneroka Felda Jelai 4, Encik Muhammad Muhammad Dom, 62, dalam program ‘Santunan Kasih Gemas’.

Siti Aishah berkata, Encik Muhammad menghidapi penyakit misteri dan doktor tidak dapat mengesan punca penyakit.

“Simptom misteri ini bermula lebih kurang tiga bulan yang lalu. Beliau tiba-tiba tidak boleh makan. Jika makan pasti akan muntah semula.

“Penyakitnya berlarutan selama tiga bulan dan kini keadaannya beransur pulih.

“Beliau masih dalam proses rawatan doktor,” jelas Siti Aishah.

Siti Aishah berkata, isterinya Rosimah Md Yasan, 62, pula menghidapi barah payu dara sejak setahun yang lalu.

“Beliau kini hampir sembuh setelah melakukan pembedahan baru-baru ini.

“Saya telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan pek makanan kepada pasangan suami isteri ini,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button