Berita

Pasar Pertanian Kampung Tulang Rimau akan dibuka Disember ini

JOHOL: Sebuah tapak Pasar Pertanian sedang dibina di Jalan Bahau – Tampin berhampiran Kampung Tulang Rimau, Johol dan akan dibuka untuk peniaga kecil dan petani pada bulan Disember depan.

Penyelaras DUN Johol, Tuan YM Tunku Yazid Tunku Adzim dan Penghulu Mukim Johol, Md Resul Zakaria meninjau tapak projek tersebut pagi kelmarin.

“Projek usahasama MPKK Kampung Tulang Rimau, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Kuala Pilah, Pejabat Daerah Kuala Pilah dan Pejabat Penyelaras DUN Johol bakal menyediakan tapak untuk peniaga kecil dan petani untuk memasarkan produk mereka.

“Pasar Pertanian ini dijangka akan siap pada bulan Disember ini dan diharapkan usaha ini dapat memberi manfaat besar kepada penduduk setempat,” kata YM Tunku Yazid.

 

Show More

Related Articles

Back to top button