Berita

Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan makin kukuh

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-15 yang lalu semakin kukuh.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan isu pembahagian Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang lalu.

“Kerjasama yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan juga amat memberangsangkan.

“Pada hujung bulan ini juga kita akan selesaikan perlantikan ahli majlis.

“Ini menunjukkan sikap kerjasama dan hormat menghormati dalam pentadbiran Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang sempurna.

“Selepas ini kita juga akan meneliti manifesto Aspirasi Perpaduan yang ditawarkan dalam PRN tempoh hari untuk dilaksanakan pada 2024 ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Exco dan ADUN Kerajaan Perpaduan serta semua ahli parti dalam pelbagai peringkat atas kerjasama yang diberikan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button