Berita

Pasar Tani Agro Pelancongan di Port Dickson tahun depan

PORT DICKSON: Sebuah Pasar Tani Agro Pelancongan akan diwujudkan di Tapak Medan Gerai Buah-buahan Segar di Batu 4, Port Dickson awal tahun depan.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, ia sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan dan dapat merancakkan lagi sektor ekonomi di Negeri Sembilan.

“Pasar Tani Agro Pelancongan ini melibatkan 30 usahawan tani termasuk penjualan kraftangan dan produk makanan.

“Ketika ini ia dalam peringkat kajian dan bagi menguji sambutan kepada Pasar Tani Agro Pelancongan, kita sudah mula mengadakan program MyRakyat secara mingguan di lokasi berkenaan,” katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media Program Walkabout ke Pasar Tani Ampangan sempena ulang tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke-56 pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek; Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad dan Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Asmizal Jaafar.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button