Aktiviti

Pasar Tani Pasir Panjang mula beroperasi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyantuni peniaga dan pengunjung Pasar Tani Pasir Panjang yang baru beroperasi pada Isnin.

Rusli berkata, walaupun sudah dibenarkan beroperasi, tetapi orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Apapun, kita amat berharap pembukaan pasar tani ini dapat memberi ruang kepada peniaga dan aktiviti perniagaan berasaskan pertanian dapat kembali pulih seperti biasa.

“Saya juga sempat menyerahkan pek pelitup muka kepada semua peniaga dan pengunjung di sini,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button