Aktiviti

Pasca Covid-19: Penduduk Kg.Terusan Ulu disantuni Mohd Aidil

Menyampaikan sumbangan barang keperluan asas

JUASSEH: Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Mohd Aidil Abdullah telah mengadakan program ziarah mahabbah di Kampung Terusan Ulu bersama Pengerusi MPKK Kampung Terusan, Encik Rozani Ridzuan.

Mohd Aidil menyampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan asas untuk lapan keluarga di kampung tersebut yang pendapatan mereka terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

“Pusat Khidmat Penyelaras DUN Juasseh sentiasa peka dengan permasalahan rakyat terutama pasca Covid-19, yang sudah pasti menyebabkan ramai rakyat terjejas daripada sudut sumber pendapatan.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban kewangan penerima sumbangan,” kata Mohd Aidil.

Show More

Related Articles

Back to top button