Berita

Pasir Panjang, Sawah Sunggala dan Sungai Sekawang dapat 21 lampu jalan baru

LINGGI: Tiga kawasan perkampungan di DUN Linggi mendapat kemudahan lampu jalan hasil usaha Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Saya telah membuat permohonan kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada tahun lepas di bawah projek pencahayaan Port Dickson.

“Alhamdulillah Kerajaan Negeri telah meluluskan pemasangan 21 lampu jalan di Kampung Pasir Panjang, Kampung Sawah Sunggala dan Kampung Sungai Sekawang.

“Diharapkan dengan pemasangan lampu jalan ini akan memberi keselesaan kepada penduduk kampung khususnya faktor keselamatan di waktu malam,” jelas Rusli.

Rusli berkata demikian kepada Negeri Kita, selepas menyelia kerja-kerja pemasangan lampu jalan di tiga kawasan perkampungan tersebut kelmarin.

Show More

Related Articles

Back to top button