Berita

Pastikan pelajar 12-17 tahun diberi vaksin sebelum buka sekolah

SEREMBAN: Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan vaksin kepada pelajar yang berusia 12 tahun ke atas; sebelum dibenarkan kembali ke sekolah secara fizikal di Negeri Sembilan serta mewujudkan komuniti selamat dalam kelompok warga sekolah.

“Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya dalam membentuk komuniti kelompok berimunisasi iaitu hampir 82 peratus rakyat Negeri Sembilan 18 tahun ke atas telah menerima vaksin.

“Strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan pemberian vaksin yang tinggi serta penurunan kes jangkitan Covid-19 dan kejayaan beralih fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah bukti Kerajaan Negeri dalam membentuk imunisasi berkelompok.

“Maka, Kerajaan Persekutuan perlu membekalkan vaksin yang secukupnya kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar penduduk yang berumur 12 tahun ke atas menerima vaksin sebelum kembali ke sekolah,” kata Veerapan yang juga ADUN Repah.

Veerapan berkata, golongan pelajar berdepan dengan pelbagai kekangan seperti ketiadaan peranti yang sesuai dan menghadapi masalah capaian internet.

“Sekiranya, mereka mendapat suntikan vaksin Covid-19, ini akan menyakinkan para ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

“Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk mengemukakan beberapa strategi bagi menjayakan langkah mevaksinkan golongan remaja 12 tahun ke atas,” jelas Veerapan lagi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button