Berita

Pelajar SPM terima kerusi roda dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan bantuan kerusi roda kepada seorang pemuda yang ditimpa kemalangan jalan raya.

Rusli berkata, Adik Mazlan Wan Chik Abdullah, 18, menetap di Kampung Bukit Tembok.

“Beliau mengalami kecederaan di kedua belah kakinya dan tidak mampu untuk bergerak akibat kemalangan baru-baru ini.

“Mazlan juga adalah salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Pasir Panjang yang akan menduduki Peperiksaan SPM Isnin ini.

“Saya berharap sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada beliau dan meringankan beban keluarga.

“Saya juga mendoakan agar beliau berjaya menjawab soalan dengan lancar dan pulih seperti sediakala,” kata Rusli.

 

Show More

Related Articles

Back to top button