Berita

Pejabat ADUN Ampangan baiki bumbung rumah warga emas

AMPANGAN: Berdasarkan aduan yang diterima dari MPKK Kampung Ismail, Ampangan, Pusat Khidmat DUN Ampangan telah menghulurkan bantuan kepada seorang warga emas dengan membaiki bumbung rumah Mak Enon.

“Alhamdulillah, walaupun sedikit terlewat iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri, Pusat Khidmat DUN Ampangan telah berjaya membantu membaiki bumbung rumah Mak Enon di Kampung Ismail, Ampangan.

“Sebelum ini, setiap kali hujan lebat, rumah Mak Enon akan bergenang dengan air hujan.

“Terima kasih kepada Tuan Haji Karim selaku Pengerusi MPKK Kampung Ismail dan Pak Din yang telah bekerjasama memastikan bantuan ini dapat dilaksanakan,” kata Pegawai Pusat Khidmat DUN Ampangan, Abdul Malek Adam.

Bumbung kediaman Mak Enon telah diganti baru oleh Pusat Khidmat DUN Ampangan.
Show More

Related Articles

Back to top button