Berita

Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Sembilan sedia kaunter bergerak

SEREMBAN: Enam Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Sembilan menyediakan Van Kaunter Bergerak bagi memudahkan penduduk luar bandar berurusan tanpa perlu hadir ke kaunter pejabat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju meluluskan RM1.25 juta bagi tujuan pembelian enam buah van berserta aksesori kepada Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Sembilan.

“Penyediaan Van Kaunter Bergerak ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri pada Belanjawan 2021.

“Van ini akan digunakan sebagai kaunter kutipan cukai tanah bergerak di kawasan luar bandar bermula pertengahan Disember 2021 dan diserahkan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Sembilan kecuali Daerah Seremban dan Port Dickson.

“Perkhidmatan yang ditawarkan melalui kaunter bergerak ini ialah bayaran cukai tanah untuk semua hak milik di Negeri Sembilan, carian maklumat hak milik pembayar, cetakan bil cukai tanah dan semakan bil cukai tanah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, kepelbagaian perkhidmatan akan ditambah dari semasa ke semasa dengan penambahan perkhidmatan kutipan cukai taksiran, carian persendirian dan carian rasmi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button