Berita

Pejabat MB: Sambutan Hari Kebangsaan secara tertutup mematuhi SOP MKN

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas pemilik akaun Facebook tersebut

SEREMBAN: Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat yang diajukan oleh pemilik akaun Facebook bernama Mohd Shuhazlan Ali.

“Hantaran tersebut menyatakan bahawa peruntukan untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2020 telah diseleweng menyebabkan tiadanya sambutan pada kali ini.

“Seperti mana yang sedia maklum, sambutan yang diadakan pada tahun ini diadakan secara tertutup bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak kami menasihatkan agar pengguna media sosial lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang dikongsi.

“Segala tuduhan yang tidak berasas akan menyebabkan seseorang boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu beberapa laporan polis telah dibuat di seluruh Negeri Sembilan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan, Wanita KeADILan Negeri Sembilan, KeADILan Cabang Jempol, Cabang Jelebu dan Cabang Rembau.

Dalam satu kenyataan bersama, kepimpinan KeADILan AMK, Wanita dan Cabang; meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas pemilik akaun Facebook Mohd Shuhazlan Ali.

“Laporan polis ini bertujuan bagi mendesak tindakan tegas diambil pihak PDRM atas individu pemilik akaun Facebook bernama Mohd Shuhazlan Ali yang dengan sengaja menabur fitnah dengan niat menghasut serta meracuni pemikiran rakyat berpandangan buruk terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun selaku Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button