Berita

Negeri Sembilan mulakan langkah kawal populasi anjing

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memulakan langkah bagi mengawal populasi anjing di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAN Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, langkah tersebut adalah dengan menggalakkan semua pemilik anjing untuk memandulkan anjing mereka.

“Hal ini supaya populasi anjing terbiar semakin banyak.

“Kita tidak mahu anjing yang beranak sehingga lapan ekor, namun pemilik hanya menjaga dua ekor sahaja.

“Lagi enam ekor dibiarkan menjadi anjing liar.

“Ini juga sedikit sebanyak menggusarkan masyarakat.

“Oleh itu, langkah ini dimulakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengadakan kempen memandulkan anjing,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button