Berita

Rafie anjur pertandingan Catur Terbuka Benteng Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek bakal menganjurkan Pertandingan Catur Terbuka Benteng Ampangan pada 13 Mei (Sabtu) ini.

Mohamad Rafie berkata, pertandingan tersebut diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

“Orang ramai dijemput hadir kerana terdapat banyak aktiviti-aktiviti lain yang telah diatur.

“Antaranya saringan kesihatan, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, jualan produk farmasi, kaunter bayaran saman dan lain-lain.

“Semua pameran dan khidmat nasihat yang terdapat dalam program ini adalah percuma.

“Oleh itu, jom ramai-ramai hadir sambil menyokong pengusaha-pengusaha Benteng dengan membeli jualan produk mereka,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button