Aktiviti

Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang bergotong royong bersihkan persekitaran Palong 1

JERAM PADANG: Sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang berganding bahu dengan kepimpinan MPKK Kampung Felda Palong 1 menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan dan mencantas pokok-pokok yang mencacatkan pemandangan di sekitar Kampung Felda Palong 1.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, aktiviti gotong royong ini dihidupkan semula seperti zaman mula-mula meneroka kawasan Felda dulu.

“Saya kagum dengan semangat ‘ayah-ayah’ yang masih bertenaga ingin melihat Kampung Felda Palong 1 sentiasa ceria persekitaran.

“Saya juga menyeru agar anak-anak Generasi Kedua Felda yang telah menetap di sini, turut sama menglibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, dalam satu program yang berasingan, Musliadi menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur di Taman Meranti, Bahau.

Menurut Musliadi, salah seorang anak kepada Haron Dalip telah menghubunginya minggu lepas dan memohon bantuan kerusi roda untuk ayahnya.

“Haron yang terlantar di katil memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau.

“Saya turut menyumbang lampin pakai buang dewasa dan susu khas.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan penjagaan harian Haron,” kata Musliadi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button