Berita

Pekerjaan itu satu ibadah: BAKRI

KLAWANG: Masyarakat perlu menjadikan pekerjaan mereka sebagai satu ibadah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir.

“Kerana itu saya mengingatkan bahawa amal pengangan agama dan pastikan ibadah itu amat penting. Jadikan setiap pekerjaan kita sebagai satu ibadah.

“Penyalahgunaan dadah merupakan satu peebuatan keji yang dilarang oleh agama. Oleh itu pilihan di tangan kita.

“Malah setiap aspek dalam kehidupan kita juga memilih untuk buat apa-apa keputusan.

“Cuma, adakah keputusan itu memberi lebih banyak manfaat atau mudharat,” ujar Bakri.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membanteras Dadah Daerah Jelebu beliau amat berbesar hati apabila dijemput menjayakan program yang dianjurkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jelebu dalam program Budaya Kerja Sihat.

Turut sama di dalam program ini adalah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu yang menjalankan ujian saringan air kencing kepada anggota APM Daerah Jelebu.

Encik Kamaliza Zakaria dari AADK telah memberi taklimat berkaitan dadah dan trend penggunaan di kalangan masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button