Aktiviti

Pelajar cemerlang SPM dan UPSR Jelebu terima penghargaan dari Bakri

Perkasih N9 sumbang barang keperluan asas kepada asnaf

KLAWANG:  Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, YB Bakri Sawir telah menziarahi pelajar cemerlang peperiksaan UPSR dan SPM 2019 di kediaman masing-masing.

Seramai 10 pelajar cemerlang sekolah sekitar daerah Jelebu telah memperolehi keputusan cemerlang 9A dan 10A, manakala tujuh pelajar memperolehi keputusan 6A.

Ke semua pelajar ini menerima hadiah berupa wang ringgit dan hamper makanan.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi penghargaan dan galakan agar pelajar berkenaan akan lebih berusaha dan maju pada masa akan datang,” kata Bakri yang juga merupakan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Salah seroang pelajar cemerlang UPSR menerima sumbangan daripada YB Bakri.

Sementara itu, dalam satu majlis yang berasingan di Pusat Khidmat DUN Klawang, telah berlangsung majlis penyerahan barang keperluan harian sumbangan Persatuan Setia Kasih N9 (Perkasih N9) kepada Bakri

Barang keperluan harian ini diserahkan kepada Pusat Khidmat DUN Klawang oleh Pengerusi Perkasih N9, Puan Fadilah Mansor.

Bakri kemudian telah menyampaikan barang-barang berkenaan kepada 12 MPKK di DUN Klawang untuk diserahkan kepada 50 asnaf di dalam kawasan DUN Klawang.

Sumbangan barang keperluan asas ini adalah seperti beras, susu, gula, tepung dan minyak masak.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close