Aktiviti

Pelajar IPTA terima sumbangan komputer riba dari Gunasekaran

Tiga pelajar dari keluarga kurang berkemampuan

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan komputer riba kepada tiga pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Adik Rasyid, Adik Rupashini dan Adik Vallarasu kini sedang mengikuti pengajian secara talian (online).

“Sumbangan ini adalah dibawah peruntukan bersama Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya dan Ahli Parlimen Rasah.

“Saya berharap anak-anak ini dapat memanfaatkan sumbangan komputer ini untuk pengajian mereka, di samping dapat memudahkan proses pengajian mereka secara online,” katanya.

Pelajar yang menerima sumbangan ini mengucapkan terima kasih kepada Gunasekaren yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan masyarakat termasuk golongan pelajar di DUN Seremban Jaya.

Foto: Jamilah Said Ali

Show More

Related Articles

Back to top button