Aktiviti

Pelajar Orang Asal dibantu Wanita KeADILan Kuala Pilah

SERI MENANTI: Timbalan Ketua Cabang KeADILan Kuala Pilah, Saudara Shahran Kaat telah menyempurnakan majlis ‘Back to School’ anjuran Wanita KeADILan Cabang Kuala Pilah di Kampung Orang Asli Langkap.

“Alhamdulillah, seramai lima pelajar sekolah rendah dari kampung ini menerima sumbangan beg sekolah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mereka.

“Kami dari Parti KeADILan Rakyat akan terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Cabang KeADILan Kuala Pilah akan terus menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,” kata Shahran.

Turut hadir Ketua Penerangan Wanita KeADILan Cabang Kuala Pilah, Puan Norliza Mohamed Thani; Ahli Jawatankuasa Wanita KeADILan Cabang Kuala Pilah, Puan Raihan Zainuddin, Puan Maryani Mahmud, Puan Iza Akasah dan Puan Suhailyana.

Norliza merakamkan penghargaan kepada Pemangku Ketua Wanita KeADILan Cabang Kuala Pilah, Puan Noor Zunita Mohd Ibrahim di atas kesudian beliau menyumbang dana untuk menjayakan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button