Aktiviti

Pelajar Orang Asal terima sumbangan cermin mata dari Shahran

SERI MENANTI: Seorang pelajar sekolah menengah dari Kampung Orang Asal Langkap, Tanjung Ipoh yang mengalami masalah penglihatan, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Justeru, Shahran telah menyumbang sepasang cermin mata kepada Adik Nurdiana Ezlynn Manap yang menuntut di Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap, Johol.

“Sebelum ini, ibunya telah mengadu dan memohon sumbangan cermin mata untuk anaknya.

“Nurdiana Ezlynn tinggal di asrama sekolah dan sering kali mengadu kepada ibubapanya mengenai masalah penglihatan beliau yang semakin kabur.

“Ibubapa pelajar ini kurang berkemampuan, maka saya terpanggil untuk membantu pelajar ini.

“Alhamdullillah, semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta dapat membantu pelajar tersebut meneruskan cita citanya,” kata Shahran.

Nurdiana Ezlynn ditemani oleh ibubapanya dibawa oleh Shahran ke kedai cermin mata untuk dibelikan sepasang cermin mata.

Turut hadir, Pegawai Media Penyelaras DUN Seri Menanti, Puan Norliza Md Thani.

 

Show More

Related Articles

Back to top button