Menarik

Pelajar sekolah terima duit raya dari Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyumbang duit raya kepada pelajar sekolah yang hadir ke Program Merakyatkan Perpustakaan yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).

Aminuddin berkata, sambutan yang diadakan cukup meriah dengan dihadiri pelajar sekolah ke program tersebut.

“Terima kasih kepada PPANS kerana menjemput saya dan isteri.

“Insya Allah, program seperti ini dapat menarik minat orang ramai khususnya golongan pelajar untuk hadir ke perpustakaan,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button