Berita

Pelan penyelesaian atasi banjir kilat sedang dirangka: Rusli

LINGGI: Beberapa pelan untuk mengatasi masalah banjir di Mukim Linggi sedang dirangka bersama jabatan yang bertanggungjawab,” kata Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, hujan lebat yang berterusan selama 12 jam telah menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Kampung Permatang Pasir, Kampung Tampin Linggi dan Pekan Linggi.

“Justeru, seramai 30 penduduk dari Kampung Permatang Pasir dan Kampung Tampin Linggi terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Permatang Pasir.

“Saya telah menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk yang ditempatkan di PPS.

“Bantuan susulan akan dihulurkan apabila penduduk kembali ke rumah masing-masing,” ujar Rusli.

 

Show More

Related Articles

Back to top button