Program

Pelancaran Bulan Kemerdekaan KeADILan Negeri Sembilan

Perasmian pelancaran oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

SEREMBAN: Biro Penerangan KeADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah akan mengadakan program Pelancaran Bulan Kemerdekaan KeADILan Negeri Sembilan pada 20 Ogos, jam 10 pagi di Dataran Pachitan, Kampung Pachitan, Chuah.

Ketua Penerangan KeADILan Negeri Sembilan, Saudara Yusof Tapar berkata, perasmian pelancaran akan dilakukan oleh Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Program ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dengan menyambut Hari Kemerdekaan.

“Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan ADUN Chuah, YB Michael Yek Diew Ching juga akan turut hadir dalam program ini.

“Sementara itu untuk acara berkonvoi nanti, setiap Cabang KeADILan akan diwakili oleh lapan buah kereta yang akan membawa bendera Malaysia dan Negeri Sembilan ke cabang masing-masing untuk dikibarkan di setiap cabang,” kata Yusof.

 

Show More

Related Articles

Back to top button