Berita

Peluang menyambung pendidikan kemahiran terbuka untuk anak Palong

PALONG: Motivasi Kemahiran Keibubapaan Era Pasca Covid-19 anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Palong 3 dan Pejabat Penyelaras DUN Palong telah diadakan dengan jayanya di Dewan Balai Raya MPKK Palong 3.

Program motivasi ini melibatkan golongan ibubapa dari kawasan Felda Palong 3, 4, 5 dan 6 ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS), Tuan Baharom Abu Bakar yang juga merupakan seorang pakar motivasi.

“Kepentingan pendidikan dan kemahiran yang bersesuaian dengan anak-anak pada zaman ini yang sangat berlainan dengan zaman ibubapa suatu ketika dahulu.

“KAYNS merupakan salah satu tempat latihan kemahiran bagi anak-anak Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan pejabat, kulinari, elektronik dan sebagainya,” kata Baharom.

Baharom yang juga pakar motivasi, berpengalaman dalam bidang kaunseling dan juga pernah berkhidmat sebagai kaunselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga bekas pengarah Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM) dan UIAM.

Sementara itu Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, peluang menyambung pendidikan terutamanya dalam bidang kemahiran khususnya untuk anak-anak Palong sentiasa terbuka dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan juga terlibat aktif melalui KAYNS bagi membuka peluang tersebut.

Rebin berkata, anak-anak Palong yang ingin menyambung pendidikan di KAYNS boleh menghubungi beliau di Pejabat Penyelaras DUN Palong di Balai Raya Felda Palong 4 atau hubungi di talian 019-357 2986.

Show More

Related Articles

Back to top button