Berita

JHEAINS sasar RM1 juta kutipan sumbangan Tabung Sukarelawan Masjid

Membantu golongan dalam kesulitan akibat pandemik Covid-19

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah melancarkan Tabung Sukarelawan Masjid (SUKMAS) dengan sasaran kutipan sumbangan RM1 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, JHEAINS menganjurkan kempen sumbangan ikhlas kepada SUKMAS di bawah kelolaan Masjid Negeri sepanjang bulan Ogos ini.

“Sasaran sumbangan adalah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia.

“Sumbangan ini akan digunakan untuk menyediakan barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.

“Oleh yang demikian, saya mengajak masyarakat yang berkemampuan terutamanya di Negeri Sembilan, bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada Tabung SUKMAS agar kita dapat dan terus membantu golongan rentan yang terhimpit dalam kesulitan sepanjang pandemik Covid-19,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1443H dan Pelancaran Hijrah Merdeka Online secara dalam talian dari kediaman rasmi beliau, lewat petang Isnin.

Turut hadir bersama, isteri beliau Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button