Berita

Pembangunan Mahaad Ahmadi

Lawatan YAB Menteri Besar pada 5 April 2019 ke Sekolah Tinggi Agama Maahad Ahmadi Gemencheh mendapati fasiliti sekolah berada dalam keadaan yang uzur.

Walaupun dibelenggu masalah sedemikian, namun keputusan peperiksaan STAM sekolah ini amat membanggakan. Mereka berjaya memperoleh tempat pertama bagi tujuh tahun berturut-turut dalam Malaysia.

Kerajaan negeri mengumumkan bantuan segera berjumlah RM200,000 bagi menambah baik kemudahan di sekolah tersebut agar para pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.

Sehingga kini Maahad Ahmadi telah menerima sejumlah RM640,000.00 untuk tujuan pembangunan dan penambahbaikan prasana. Peruntukan yang besar juga akan diberikan dalam pembinaan dan pembangunan Kompleks STAM, Maahad Ahmadi, Gemencheh yang menunjukkan prioriti Kerajaan Negeri terhadap aspek Pendidikan Islam di negeri ini yang sekian lama diabaikan.

ITQAN

Kerajaan Negeri  telah juga memperkukuhkan kerjasama strategik dengan JAKIM melalui MoU dalam menjalankan kurikulum Diploma Tahfiz Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN).

Bantuan YAB Menteri Besar untuk memperindah persekitaran ITQAN sebanyak 100k menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan pendidikan Islam dan Tahfiz di negeri ini yang tidak pernah diberi prioriti oleh kerajaan terdahulu.

ITQAN sejak dirasmikan pada 13 Mac 2004 telah melalui proses pembangunan kurikulum dan naiktaraf institusi seiring dengan Darul Quran JAKIM. Namun, infra yang uzur dan persekitaran kurang membangun tidak pernah menjadi perhatian kerajaan terdahulu.

JHEAINS telah merangka perbincangan dengan rakan strategik untuk membaikpulih lanskap dan persekitaran sedia ada, bagi mewujudkan “ITQAN Hijau” menjelang 2020 melalui peruntukan daripada YAB Menteri Besar.

Sesuai dengan penarafan ITQAN sebagai institusi pengajian tinggi, maka kerajaan hari ini memberikan penekanan dan tumpuan terhadap pembangunan pendidikan Tahfiz melalui ITQAN.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button