Berita

Pembangunan Pusat Bandar Palong dalam perancangan Aminuddin

PALONG: Pembangunan di Pusat Bandar Palong 4, 5 & 6 khususnya pembangunan komersial dan infrastruktur dalam perancangan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, beliau menyedari perlunya pembangunan komersial dan infrastruktur di Pusat Bandar Palong sebagai katalis pembangunan ekonomi dan meningkatkan lagi taraf hidup peneroka Gugusan Felda.

“Kepimpinan KeADILan Jempol telah membawa beberapa cadangan pembangunan komersial dan infrastruktur untuk peneroka Gugusan Felda Palong termasuk di Pusat Bandar Palong.

“Saya juga maklum tentang keperluan kemudahan perumahan membabitkan Generasi Kedua Felda.

“Disebabkan tanah rancangan Felda di bawah Akta Tanah GSA 1960 (Kawasan Penempatan Berkelompok); ada perkara tertentu yang perlu dikaji dengan teliti,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam sesi dialog bersama kepimpinan KeADILan Jempol di Pejabat KeADILan Pusat Bandar Palong 4, 5 & 6 pada Jumaat.

Turut hadir, Setiausaha KeADILan Negeri Sembilan, Saudara Nazri Kassim; Pengarah Jabatan Pilihanraya KeADILan Negeri Sembilan, YB Senator Dr.Ahmad Azam Hamzah dan Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham.

Show More

Related Articles

Back to top button