Berita

Jangan pilih kerajaan yang hipokrit

LENGGENG: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim menyeru kepada semua rakyat agar tidak memilih kerajaan yang hipokrit.

Suhaimi berkata, dalam memilih kerajaan kita harus memilih mereka yang menterjemahkan kasih sayang mereka dalam pelbagai inisiatif untuk rakyat.

“Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang selalu membela nasib rakyatnya dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

“Sebagai contoh, apabila saya memenangi kerusi Lenggeng pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tempoh hari, pelbagai masalah infra yang tidak diselesaikan.

“Tetapi alhamdulillah, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Aminuddin Harun telah banyak membantu saya mengatasi masalah tersebut.

“Ini merupakan bukti bahawa Kerajaan Negeri Sembilan sayang akan penduduknya.

“Kita bukan hanya sekadar kerajaan yang cakap tak serupa bikin,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button